As Salam..
aku nak story drama terbaru di tv3 slot akasia
"SEDETIK CINTA" bleh layan gak cite nie..
Drama Sedetik Cinta akan mula bersiaran pada 3hb April 2013 (Rabu)
di Slot Akasia TV3 , pukul 7.00PM.
Drama 24 Episod ini merupakan sebuah
drama terbitan Enuja Production Sdn Bhd. Antara pelakon yang menjayakan drama
ini ialah Awal Ashaari (Hakimi), Hanez Suraya (Emylia), Zarynn Min (Tini), Tunku
Hanis (Elisya), Fizz Fairuz (Iskandar), Puteri Fatin (Sara), Redzuan Hashim
(Taufiq), Kathy Azean (Ramlah), Rosnah Johari (Mastura), Sofian Bujang
(Fuad).
Secara ringkasnya drama Sedetik Cinta berkisar tentang kisah
pasangan yang berkahwin kerana terpaksa atas desakan orang tua, tanpa wujud rasa
cinta pada awalnya.
Sinopsis Drama Sedetik Cinta
Seminggu sebelum perkahwinan Hakimi dengan
Elisya, suasana menjadi gempar apabila Elisya mengambil keputusan nekad untuk
melarikan diri setelah mendapat tawaran memperagakan fesyen ciptaan anak
Malaysia di luar negara yang kebetulan jatuh pada hari perkahwinannya.
Memandangkan tawaran itu hanya datang sekali dalam seumur hidupnya, Elisya
membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan akibat yang terpaksa ditanggung oleh
kedua-dua pihak keluarga.
Emylia telah dipujuk oleh ibu bapanya, Taufik
dan Ramlah supaya menggantikan tempat kakaknya kerana segala persediaan telah
diatur. Emylia terpaksa akur kerana mahu menjaga maruah keluarga. Pada mulanya,
Hakimi enggan menerima ‘pertukaran’ tersebut kerana menganggap maruahnya sudah
tercalar. Selepas Taufiq menawarkan 50% daripada hartanya kepada Hakimi
sekiranya Hakimi bersedia menyelamatkan maruah keluarga mereka dengan syarat
tidak boleh sama sekali menceraikan Emylia. Akhirnya, Hakimi bersetuju tetapi
hatinya menyimpan dendam.
Perkahwinan tersebut telah mencetuskan pelbagai
konflik. Ibu Emylia, Ramlah diburu rasa bersalah kerana terpaksa mengorbankan
perasaan Emylia. Sejak kecil Emylia seorang anak yang naif kerana sering
berdepan dengan penyakit asma. Justeru, Ramlah terpaksa memberi perhatian lebih
kepada Emylia sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang kepada Elisya yang
berlarutan sehingga meningkat dewasa.
Elisya seorang yang keras kepala, bertindak
tanpa memikirkan perasaan orang lain. Elisya sanggup menangguhkan pengajiannya
di IPTA demi mengejar glamor sebagai seorang model. Ramlah terkilan dan berharap
agar Elisya juga bersikap seperti Emylia yang tidak pernah membantah cakap orang
tua. Sejak itu Elisya makin mencemburui Emylia dan sering mempergunakan Emylia
jika berlaku masalah ataupun untuk mencapai tujuannya.
Emylia selalu diam diri dan dibebani dengan
setiap kesalahan yang dilakukan oleh Elisya. Kini, dia terpaksa menanggung satu
lagi beban yang amat besar dalam kehidupannya. Perkahwinannya dengan Hakimi
menyebabkan hubungan cintanya dengan Fuad terputus. Fuad sedia menunggunya dan
sanggup menerima Emylia sekiranya Hakimi menceraikan Emylia.
Hakimi dan Emylia tidak mempunyai perasaan
cinta walaupun sudah menjadi suami isteri yang sah. Fuad cuba sedaya upaya untuk
menyelamatkan Emylia tetapi Emylia akur dengan takdir. Hakimi yang sakit hati
kerana dipermainkan oleh Elisya menyebabkan Hakimi mengambil peluang untuk
membalas dendam terhadap Emylia dan keluarganya. Walaupun begitu, Emylia tetap
melayan Hakimi sebaik mungkin dan tidak pernah membantah ataupun meninggikan
suara terhadap perbuatan Hakimi.
Sikap Hakimi terhadap Emylia amat tidak
disenangi oleh ibu Hakimi, Mastura. Mastura cuba menyedarkan Hakimi tentang
tanggungjawabnya sebagai seorang suami, bagaimanapun Hakimi tetap tidak berubah
sehinggalah suatu hari Hakimi terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kakinya
patah. Ketabahan Emylia menjaga Hakimi sepanjang Hakimi sakit mula mengubah
sikap Hakimi selama ini. Sedikit demi sedikit dia mula kagum dan menyintai
Emylia. Apabila Hakimi dan Emylia mula menjalin cinta, Elisya telah pulang ke
Malaysia. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
p/s:pic n sinopsis google