Salam Jumaat,
Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal
dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah
menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur).
(HR
At-Tirmizi)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah
hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu,
kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai
Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan
tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah
mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)."
(HR Abu Daud,
Nasa'i dan Ibnu Majah).
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu
Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada
Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang
beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan
permintaannya.”
(HR Muslim).
Sebenarnya banyak lagi hadis-hadis Rasulullah SAW berkaitan mulianya
hari jumaat iaitu penghulu segala hari (saiyidul ayyam). Berdasarkan
perkongsian 3 hadis diatas, dapat di simpulkan bahawa antara kelebihan
hari jumaat adalah salah satunya doa dimakbulkan ALLAH. Selain itu,perbanyakkan selawat ke atas nabi Muhammad SAW dan terlepas seseorang itu dari fitnah kubur apabila ia meninggal dunia pada malam jumaat atau hari jumaat.
Sahabat-sahabat yang dikasihi ALLAH sekalian,sy kongsikan bersama anda sepotong hadis ..
Daripada Abu Hurairah r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda,tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
p/s:rujukan insan google
No comments:
Post a Comment