Wednesday, November 14, 2012

Selamat Menyambut Awal Muharam

  SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1434 HIJRAH YG AKAN DISAMBUT
PADA 1 MUHARRAM 1434 HIJRAH BERSAMAAN  15 NOVEMBER 2012 
BERSAMA KITA MEMPERINGATI PENGHIJRAHAN RASULULLAH S.A.W.
TEMA PADA TAHUN INI "WASATIYYAH TONGGAH KESATUAN UMMAH"

Maksud bagi tema tahun ini.
Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah mengambil pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepertimana yang termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan semangat  toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni. Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka.

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah juga berpegang kepada prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ia menekankan aspek berimbang, adil dan diversity-kepelbagaian. Konsep ini juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul dengan wujudnya konsep “unity in diversity” -perpaduan dalam kepelbagaian seterusnya mampu mewujudkan satu pemerintahan yang baik dan diampuni Allah.

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah bukan pula bermaksud semata-mata iaitu bagi sama rata, tetapi adalah melalui pendekatan kasih sayang, kesejahteraan dan perpaduan yang dikongsi bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama.  Ia juga bukanlah  duduk di tengah-tengah tanpa pendirian, tetapi bertujuan mengutama dan menjaga perkara-perkara dasar dan prinsip persaudaraan berlandaskan ajaran Islam.

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah juga  memberikan gambaran yang tidak ekstrim dalam sesuatu hal tetapi tegas dalam hal yang berkaitan dengan prinsip, individu dan masyarakat sama pentingnya tidak boleh mengorbankan maslahah orang ramai demi kepentingan individu tetapi tidak pula maslahah orang ramai dijadikan legalisasi untuk mengorbankan kepentingan individu.

 Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah  sentiasa memberi contoh teladan yang unggul dan terbaik dalam melaksanakan aktiviti kehidupan rakyat Malaysia. Dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, semangat melampau berteraskan perkauman dan ideologi akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya ketidakstabilan sosio-politik negara. Jika elemen ketaksuban masih berakar umbi dalam pemikiran dan tindakan, masyarakat tidak akan dapat mengimbangi serta menghayati seluruh intipati kehendak pemimpin negara untuk membangunkan negara. Oleh yang demikian, menjadi satu cabaran kepada kepimpinan negara untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia bagi mengekalkan kestabilan politik dan menerokai kejayaan dan keberhasilan negara.

P/S:GAMBAR N MAKSUD TEMA INSAN GOOGLE

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...